Home Koronavirus Covid-19: 3,903 kes baharu, empat kematian

Covid-19: 3,903 kes baharu, empat kematian

0
Covid-19: 3,903 kes baharu, empat kematian

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 3,903 kes baharu Covid-19 pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,630,235.

Berdasarkan data daripada portal CovidNow, KKM memaklumkan terdapat terdapat empat kematian dengan satu kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) yang direkodkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,946 orang daripada lebih 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Sementara itu, KKM turut mencatatkan sejumlah 47,286 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 45,657 pesakit kuarantin di rumah, 1,539 menerima rawatan di hospital, dan 30 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu juga menunjukkan, sejumlah 60 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 35 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 3,542 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,584,907.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here