Home Koronavirus Covid-19: 3,744 kes baharu hari ini, Selangor masih tertinggi

Covid-19: 3,744 kes baharu hari ini, Selangor masih tertinggi

Covid-19: 3,744 kes baharu hari ini, Selangor masih tertinggi

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 3,744 kes daripada 3,120 kes pada Selasa, menjadikan kes kumulatif Covid-19 di dalam negara kini 424,376.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, daripada jumlah itu dalam tempoh 24 jam lepas, Selangor masih merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 1,548 kes diikuti Kelantan (480) dan Sarawak (419).

Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 313 kes; Johor (292); Pulau Pinang (195); Kedah (124); Negeri Sembilan (76); Terengganu (73); Perak (65); Sabah (50); Pahang (49); Melaka (43); Putrajaya (11); Labuan (lima) dan Perlis (satu). – Bernama

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here