Home Koronavirus Covid-19: 3,733 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

Covid-19: 3,733 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

0
Covid-19: 3,733 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan sebanyak 3,733 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 440,677.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 1,278 kes diikuti Sarawak (454) dan Johor (365).

Menurut Twitter rasmi beliau, Kuala Lumpur pula mencatat 338 kes; Pulau Pinang (280); Kelantan (254); Negeri Sembilan (205); Kedah (176); Pahang (100); Perak (80); Melaka (66); dan Sabah (61).

Sebanyak 49 kes dicatatkan di Terengganu manakala Putrajaya 20 kes, Labuan (enam) dan Perlis satu kes sahaja.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here