Home Koronavirus Covid-19: 37 kematian baharu, 10 BID

Covid-19: 37 kematian baharu, 10 BID

0
Covid-19: 37 kematian baharu, 10 BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 37 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 pada Ahad.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 10 daripada 37 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia menjadikan keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu sebanyak 32,347 orang, daripada lebih 3.2 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Kes kematian itu direkodkan di sembilan negeri dengan tertinggi di Johor sebanyak sembilan kes.

Ia diikuti Selangor dengan tujuh kes, Kedah (6), masing-masing (4) di Perak dan Sabah, Pulau Pinang (3) serta Pahang (2), manakala satu kes direkodkan di dua negeri melibatkan Melaka dan Labuan.

Bagi kes BID pula, tiga kes direkodkan di Selangor, masing-masing dua kes di Johor, Kedah dan Sabah serta satu kes di Pulau Pinang.

Tujuh negeri iaitu Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur dan Putrajaya pula mencatatkan sifar kes kematian.

Sementara itu, menerusi portal itu juga, terdapat 251,678 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 238,620 individu atau 94.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,287 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 7,524 kes dirawat di hospital dan 247 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 139 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 108 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here