Home Koronavirus Covid-19: 3,530 kes baharu, lapan kematian

Covid-19: 3,530 kes baharu, lapan kematian

0
Covid-19: 3,530 kes baharu, lapan kematian

Malaysia merekodkan 3,530 kes tempatan baharu Covid-19 dengan tujuh daripadanya merupakan kes import. – Foto hiasan

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan 3,530 kes tempatan baharu Covid-19 dengan tujuh daripadanya merupakan kes import.

Menurut data di portal KKMNow, terdapat lapan kes kematian turut dicatatkan dengan empat daripadanya kematian di luar fasiliti kesihatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan, sebanyak 27,423 kes Covid-19 yang masih aktif dengan 92.3 peratus atau 25,127 daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Data itu turut menunjukkan seramai 1,978 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 40 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di mana 61 pesakit dilaporkan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu kes sembuh baharu Covid-19 mencatatkan 3,319 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,914,951.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here