Home Koronavirus Covid-19: 3,457 kes baharu, 9 kematian

Covid-19: 3,457 kes baharu, 9 kematian

0
Covid-19: 3,457 kes baharu, 9 kematian
Sebanyak 3,457 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis.

SHAH ALAM – Kes baharu Covid-19 di negara ini naik kepada 3,457 kes pada Khamis dengan sembilan kematian.

Ia meningkat sebanyak 147 kes berbanding 3,300 kes dan lapan kematian yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Menurut data di portal KKMNOW, jangkitan baharu itu membabitkan 3,455 kes tempatan dan dua kes import.

Jumlah itu sekali gus menjadikan angka jangkitan Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 4,960,179 kes dan 36,583 kematian.

Kesemua kes kematian baharu yang dicatatkan tidak melibatkan kematian di luar fasiliti hospital atau BID.

Daripada sembilan kematian itu, tiga kes direkodkan di Selangor, dua kes masing-masing di Negeri Sembilan dan Sabah serta masing-masing satu kes di Pahang dan Perak.

Kes aktif pula berjumlah 27,877 termasuk 89 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Keseluruhannya seramai 1,970 pesakit dirawat di hospital sementara 25,818 pesakit menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,736 pesakit dilaporkan sudah sembuh menjadikan jumlah individu yang telah pulih sepenuhnya daripada wabak tersebut adalah 4,895,719 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here