Home Koronavirus Covid-19: 34 kematian baharu, 8 BID

Covid-19: 34 kematian baharu, 8 BID

0
Covid-19: 34 kematian baharu, 8 BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 34 kematian baharu akibat Covid-19 pada Sabtu.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan sebanyak 34,751.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,326 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 23 orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Perak menjadi negeri tertinggi merekod purata kematian setakat ini dengan 51 diikuti Kedah (44) dan Melaka (41).

KKM turut merekodkan 20,923 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,122,004.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 56.9 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 33.7 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here