Home Koronavirus Covid-19: 33,406 kes baharu, 67 kematian

Covid-19: 33,406 kes baharu, 67 kematian

0
Covid-19: 33,406 kes baharu, 67 kematian

SHAH ALAM – Sebanyak 33,406 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara pada Sabtu dengan 342 kes daripadanya merupakan kes import.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak berkenaan meningkat kepada 3,595,172 kes.

Kementerian Kesihatan melalui laman web CovidNow memaklumkan kes aktif kini berjumlah 311,207, bertambah 23.8 peratus berbanding 14 hari lalu.

Ini merupakan jumlah tertinggi pernah direkodkan berbanding Jumaat lalu iaitu sebanyak 33,209 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 67 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Sabtu, dengan 23 kematian berlaku sebelum sempat mendapat rawatan di hospital.

Negeri yang mencatatkan kematian tertinggi ialah Selangor (14) diikuti Kedah (12), Johor (10), Perak (8), Sabah (7), Melaka (4), Perlis (4), Kelantan (3), Pahang ( 3), Negeri Sembilan (1) dan Pulau Pinang (1). Sepanjang minggu lalu, purata 77 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Sejak Mac 2020, sebanyak 33,173 kematian dilaporkan akibat Covid-19.

Sementara itu, seramai 8,715 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 371 daripadanya di tempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here