Home Koronavirus Covid-19: 33 kes kategori lima, 253 kes di ICU

Covid-19: 33 kes kategori lima, 253 kes di ICU

Covid-19: 33 kes kategori lima, 253 kes di ICU

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 12,380 kes baharu Covid-19 pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,246,467.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan melibatkan 11,918 kes tempatan dan 462 kes import.

“Bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,559 kes atau 61.05 peratus adalah daripada pesakit Covid-19 kategori satu, sementara 4,736 kes atau 38.26 peratus adalah pesakit kategori dua.

“Bagi kategori tiga, terdapat 32 kes (0.26 peratus), kategori empat dengan 20 kes (0.16 peratus) dan bagi kategori lima adalah sebanyak 33 kes (0.27peratus),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan 85 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, sebanyak 24 kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

“Sejumlah 33 kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak. Sebanyak 28 kes pula sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 57 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. 49 kes lagi mempunyai komorbid,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, tiada kluster baharu direkodkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 181.

“Sebanyak 253 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 122 daripadanya disahkan Covid-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula adalah sebanyak 131,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan negara merekodkan sebanyak 20,635 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kepada 4,018,421 kes setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here