Home Koronavirus Covid-19: 3,118 kes baharu, enam kematian

Covid-19: 3,118 kes baharu, enam kematian

0
Covid-19: 3,118 kes baharu, enam kematian
Jumlah kes keseluruhan Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,771,512.- Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 3,118 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Jumaat dengan tujuh daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan Covid-19 kepada 4,771,512.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak enam kematian direkodkan pada Jumaat dengan tiga daripadanya melibatkan kes kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kepada sebanyak 36,191.

Kes sembuh dicatatkan pula adalah sebanyak 3,363 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,699,584 kes.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan sebanyak 35,737 dengan 34,294 atau 96 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Jumlah yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) ialah 23 pesakit sementara di hospital (1,345) dengan 75 daripadanya dirawat unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 45 pesakit yang dimasukkan ke ICU memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 30 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here