Home Koronavirus Covid-19: 30 kematian, 11,918 kes baharu direkodkan

Covid-19: 30 kematian, 11,918 kes baharu direkodkan

Covid-19: 30 kematian, 11,918 kes baharu direkodkan

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 30 kematian baharu akibat Covid-19 termasuk 11 daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) setakat tengah malam Ahad.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian berpunca daripada pandemik itu kini seramai 35,099 orang.

Menurut data KKM di portal CovidNow, daripada jumlah itu keseluruhan kematian BID yang dicatatkan berjumlah 7,408 orang.

Sementara itu, kes jangkitan baharu yang direkodkan adalah berjumlah 11,918 kes sekali gus menjadikan keseluruhan kes positif yang pernah direkodkan di negara ini sejak pandemik melanda negara berjumlah 4,210,583 kes.

Daripada jumlah itu juga, 188,534 individu atau 97.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan seramai 478 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sejumlah 3,682 kes atau 1.9 peratus lagi dirawat di hospital dengan 253 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU melibatkan 96 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 157 pesakit pula memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here