Home Koronavirus Covid-19: 2,936 kes baharu dan 13 kematian direkodkan

Covid-19: 2,936 kes baharu dan 13 kematian direkodkan

0
Covid-19: 2,936 kes baharu dan 13 kematian direkodkan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,936 kes baharu Covid-19 dan 13 kematian direkodkan dalam negara pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 4,889 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 239,971, manakala kes aktif adalah 36,797.

“Daripada jumlah kes baharu, 2,919 kes adalah penularan tempatan melibatkan 1,572 warganegara dan 1,347 bukan warganegara, manakala 17 adalah kes import melibatkan empat warganegara dan 13 bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 pada Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 978 kes, diikuti Johor sebanyak 730 kes dan Kuala Lumpur pula 227 kes.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here