Home Koronavirus Covid-19: 29 kluster institusi pendidikan masih aktif di Sabah

Covid-19: 29 kluster institusi pendidikan masih aktif di Sabah

0
Covid-19: 29 kluster institusi pendidikan masih aktif di Sabah

KOTA KINABALU – Orang ramai terutama pelajar serta petugas pendidikan diminta supaya lebih berhati-hati dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan 29 kluster Covid-19 institusi pendidikan masih aktif di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah itu tidak termasuk satu kluster yang ditamatkan pada Jumaat iaitu Kluster Jalan Terusan melibatkan lokaliti Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan di Lahad Datu.

“Masih ada baki kluster yang aktif, bagaimanapun tiada kes positif pada Jumaat direkodkan yang berpunca daripada semua kluster yang terlibat… tiada kluster baharu direkodkan hari ini,” katanya menerusi kenyataan di sini malam Jumaat.

Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap Covid-19 negeri berkata, daripada 1,176 kes baharu Covid-19 yang direkodkan pada Jumaat, 759 kes daripadanya adalah kategori bergejala.

“Sebanyak 1,154 kes baharu pada Jumaat adalah dalam kategori satu dan dua, sembilan kes dalam kategori tiga, 10 kes dalam kategori empat, dan tiga kes dalam kategori lima,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here