Home Koronavirus Covid-19: 2,773 kes baharu, enam kematian direkod

Covid-19: 2,773 kes baharu, enam kematian direkod

0
Covid-19: 2,773 kes baharu, enam kematian direkod

SHAH ALAM – Sebanyak 2,773 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 4,568,828 kes.

Berdasarkan portal CovidNow juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan sebanyak enam kes kematian dilaporkan pada Jumaat dan tiada kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) direkodkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,771 orang daripada lebih 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, sejumlah 30,217 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 28,892 atau 95.6 peratus individu dikuarantin di rumah, manakala 26 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,252 dimasukkan ke hospital.

Data itu juga menunjukkan sejumlah 47 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sejumlah 1,984 kes sembuh turut direkodkan pada Jumaat, dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,502,840 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here