Home Koronavirus Covid-19: 269 kes baharu, tiada kematian

Covid-19: 269 kes baharu, tiada kematian

0
Covid-19: 269 kes baharu, tiada kematian

Kes aktif Covid-19 di dalam negara ketika ini adalah sebanyak 9,786.

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 269 kes baharu Covid-19 pada Khamis dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 5,000,175.

Menurut portal KKMNOW, tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia kekal 36,946.

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Khamis adalah sebanyak 9,786.

Daripada jumlah itu, 9,391 kes atau 96 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 387 pesakit pula mendapat rawatan di hospital dengan lapan orang ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dan empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here