Home Koronavirus Covid-19: 26 lagi kematian direkod, tiga BID

Covid-19: 26 lagi kematian direkod, tiga BID

0
Covid-19: 26 lagi kematian direkod, tiga BID

KUALA LUMPUR- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 26 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,513 orang, daripada 2.75 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiga daripada 25 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 41,034 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 33,896 individu atau 82.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,357 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,508 kes dirawat di hospital dan 273 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 114 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 159 lagi memerlukan mesin ventilator. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here