Home Koronavirus Covid-19: 24 lagi kematian baharu, 11 BID

Covid-19: 24 lagi kematian baharu, 11 BID

0
Covid-19: 24 lagi kematian baharu, 11 BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 24 lagi kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 pada Isnin.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu sebanyak 32,149 orang daripada lebih 3 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 11 daripada 24 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian yang dilaporkan turut melibatkan sejumlah kes tertunggak berikutan proses pengesahan pesakit Covid-19 yang meninggal dunia akibat pandemik itu mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 168,447 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 155,866 individu atau 92.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,963 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 6,419 kes dirawat di hospital dan 199 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 84 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 115 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here