Home Koronavirus Covid-19: 236 kes baharu, dua kematian

Covid-19: 236 kes baharu, dua kematian

0
Covid-19: 236 kes baharu, dua kematian

Malaysia mencatatkan sebanyak 236 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan tiga daripadanya adalah kes import. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Malaysia mencatatkan sebanyak 236 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan tiga daripadanya adalah kes import.

Portal KKMNow merekodkan sebanyak dua kematian pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhannya kepada sebanyak 44,807 kes.

Ketika ini, kes aktif wabak tersebut di dalam negara adalah sebanyak 9,549.

Daripada jumlah itu, 95.6 peratus daripadanya atau 9,133 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah dengan tiada individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu, sebanyak 402 lagi kes Covid-19 menerima rawatan di hospital dan 14 daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh dicatatkan pada tempoh Jumaat adalah sebanyak 312 menjadikan jumlah kumulatifnya kepada 4,989,126.

Ikuti perkembangan semasa mengenai Covid-19 di sini!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here