Home Koronavirus Covid-19: 2,340 kes baharu, 11 kematian

Covid-19: 2,340 kes baharu, 11 kematian

0
Covid-19: 2,340 kes baharu, 11 kematian

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Angka positif Covid-19 terus masih kekal empat angka apabila 2,340 kes baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia jumlah keseluruhan kes direkodkan seluruh negara sebanyak 381,813.

“Sebanyak 11 kematian baharu direkodkan hari ini,” katanya.

Dr Noor Hisham memaklumkan Selangor mencatat kes baharu tertinggi dengan 526 kes, diikuti Sarawak (429), Kelantan (370), Kuala Lumpur (291) dan Sabah (172).

Sejumlah 170 kes direkodkan di Johor, diikuti Pulau Pinang (111), Pahang (81), Melaka (63), Kedah (55), Perak (38), Negeri Sembilan (24), Putrajaya (enam), Labuan (dua) dan masing-masing satu kes di Terengganu dan Perlis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here