Home Koronavirus Covid-19: 2,328 kes baharu, sembilan kematian

Covid-19: 2,328 kes baharu, sembilan kematian

0
Covid-19: 2,328 kes baharu, sembilan kematian
Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,787,308 kes sejak penularan itu dua tahun lalu. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sejumlah 2,328 kes baharu Covid-19 direkodkan di negara ini setakat Jumaat.

Menerusi data di laman sesawang Covidnow, kes baharu itu membabitkan 2,325 kes penularan tempatan dengan tiga kes import.

Jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,787,308 kes sejak penularan itu dua tahun lalu.

Setakat ini, turut dicatatkan sebanyak 30,865 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu, sejumlah 95.5 peratus iaitu 29,761 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Sebanyak 1,305 kes mendapat rawatan di hospital dengan 79 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 44 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Seramai 2,618 pesakit dilaporkan sembuh dan tiada kluster baharu direkodkan.

Dalam pada itu, negara turut mencatatkan sembilan kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dan tiga daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here