Home Koronavirus Covid-19: 231 daripada 32,467 kes babit kategori tiga hingga lima

Covid-19: 231 daripada 32,467 kes babit kategori tiga hingga lima

0
Covid-19: 231 daripada 32,467 kes babit kategori tiga hingga lima

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Sebanyak 231 kes atau 0.71 peratus daripada 32,467 kes baharu Covid-19 yang dicatatkan pada Khamis terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan baki 32,236 kes atau 99.29 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini kini meningkat kepada 3,528,557 kes.

“Daripada 231 kes kategori tiga, empat dan lima yang dilaporkan pada Khamis, sebanyak 60 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi manakala 115 kes telah menerima dua dos vaksin.

“Selain itu, 56 kes kategori tiga hingga lima telah menerima dos penggalak, 127 kes membabitkan individu berumur 60 tahun dan ke atas, 74 kes mempunyai komorbid serta satu kes adalah ibu mengandung,” katanya.

Beliau memberitahu, sebanyak 2,048 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital pada Khamis terdiri daripada 745 kes kategori tiga hingga lima manakala 1,303 kes adalah kategori satu dan dua.

Mengenai jumlah kes sembuh, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 27,629 kes dilaporkan menjadikan kumulatif kes sembuh 3,197,298.

Sementara itu beliau berkata, sebanyak 355 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 208 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Mengenai penggunaan katil kes kritikal atau ICU Covid-19 di hospital, Dr Noor Hisham memaklumkan enam negeri menunjukkan pengisian 50 peratus atau lebih iaitu Putrajaya (83), Kelantan (60), Kuala Lumpur (58), Selangor (57), Johor (57), dan Pulau Pinang (50).

Sementara itu, menurutnya nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 negara kini 1.01, dengan Sarawak mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.43 diikuti Perak (1.29), Terengganu (1.19) dan Negeri Sembilan (1.16). – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here