Home Koronavirus Covid-19: 23 lagi kematian direkod, 4 di luar hospital

Covid-19: 23 lagi kematian direkod, 4 di luar hospital

0
Covid-19: 23 lagi kematian direkod, 4 di luar hospital

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 23 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,392 orang, daripada 2.73 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, empat daripada 23 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 42,357 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 35,247 individu atau 83.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,303 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,505 kes dirawat di hospital dan 302 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 133 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 169 lagi memerlukan mesin ventilator. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here