Home Koronavirus Covid-19: 21,668 kes dilapor hari ini

Covid-19: 21,668 kes dilapor hari ini

Covid-19: 21,668 kes dilapor hari ini

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Bilangan kes Covid-19 sekali lagi merekodkan angka tertinggi iaitu 21,668 kes dilaporkan pada Khamis.

Selain Selangor dan Kuala Lumpur yang kekal melaporkan kes tertinggi dengan masing-masing 6,278 dan 2,436, Kedah serta Sabah turut berada dalam kumpulan itu apabila kes harian baharu melepasi 2,000 kes.

Sebanyak 2,143 kes dikesan di Kedah manakala 2,052 kes dilapor di Sabah.

Ia diikuti oleh Johor (1,706), Sarawak (1,216), Pulau Pinang (1,229), Kelantan (972), Perak (930), Negeri Sembilan (899), Pahang (629), Terengganu (594), Melaka (494), Putrajaya (56), Perlis (23) dan Labuan (11).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 1,342,215.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here