Home Koronavirus Covid-19: 21,483 kes baharu, 73 kematian

Covid-19: 21,483 kes baharu, 73 kematian

0
Covid-19: 21,483 kes baharu, 73 kematian

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 73 kematian baharu akibat Covid-19 pada Selasa.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 25 kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 34,535.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,269 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 28 orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Perak menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 59 kematian, diikuti Kedah dengan 58 dan Perlis (55).

KKM turut merekodkan 21,483 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,032,435.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 58.1 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 35.4 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here