Home Koronavirus Covid-19: 21,315 kes baharu, 99.59 peratus kategori satu, dua

Covid-19: 21,315 kes baharu, 99.59 peratus kategori satu, dua

Covid-19: 21,315 kes baharu, 99.59 peratus kategori satu, dua

SHAH ALAM – Sebanyak 21,315 lagi kes Covid-19 baharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin menjadikan jumlah kumulatif 3,061,550 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 21,228 kes atau 99.59 peratus adalah kategori satu dan dua.

“Selebihnya 87 kes (0.41 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya pada Isnin.

Mengulas lebih lanjut mengenai kes kategori tiga hingga lima, beliau berkata, 48 kes merupakan kategori tiga, 23 kes kategori empat dan 16 kes kategori lima.

AKAN MENYUSUL

Daripada kes harian yang dilaporkan pada 14 Februari 2022;

•87 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

•21,228 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kategori 1 : 6,200 kes (29.09%)

Kategori 2 : 15,028 kes (70.50%) pic.twitter.com/cb8g0zEeF9

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 14, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here