Home Koronavirus Covid-19: 21 kematian baharu direkodkan

Covid-19: 21 kematian baharu direkodkan

0
Covid-19: 21 kematian baharu direkodkan

SHAH ALAM – Sebanyak 21 kematian akibat Covid-19 yang kesemuanya membabitkan dalam hospital pada Sabtu.

Berdasarkan data KKM di portal CovidNow, angka kematian terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan virus itu kini seramai 35,280 orang.

Sejumlah 10,124 kes baharu Covid-19 juga direkodkan setakat jam 11.59 malam Sabtu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 53 dikenal pasti sebagai kes import menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini mencecah 4,317,706.

Dalam pada itu, sebanyak 153,463 kes aktif dilaporkan, termasuk 87 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 108 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, sebanyak 15,132 kes sembuh dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here