Jumlah keseluruhan kes aktif Covid-19 di negara ini adalah 9,354.- Foto hiasan
SHAH ALAM – Malaysia merekodkan 200 kes baharu positif Covid-19 pada Selasa termasuk satu kes import.
Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif Covid-19 di negara ini adalah 9,354.
Menurut portal KKMNow, 96.3 peratus atau 9,010 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Seramai 333 kes lagi sedang menerima rawatan di hospital dengan 11 di unit rawatan rapi (ICU).
Sebanyak satu kes kematian dicatatkan sekali gus merekodkan kumulatifnya adalah 36,953.
Sementara itu, kes sembuh yang direkodkan adalah 155 menjadikan keseluruhan pesakit sembuh kini seramai 4,993,543.