Home Koronavirus Covid-19: 2.48 juta kes baharu dunia dalam tempoh 24 jam

Covid-19: 2.48 juta kes baharu dunia dalam tempoh 24 jam

0
Covid-19: 2.48 juta kes baharu dunia dalam tempoh 24 jam

TERDAPAT pertambahan 2.48 juta kes positif Covid-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan adalah sebanyak 468 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes dan diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan lebih 43 juta dan 29 juta kes.

Negara yang melepasi angka 24 juta kes ialah Perancis, United Kingdom melebihi 20 juta, Rusia dan Jerman dengan 17 juta kes.

Manakala Turki, Itali dan Sepanyol merekodkan kes melepasi angka 10 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5.9 juta.

Diikuti Malaysia 3.9 juta kes, Filipina 3.6 juta kes, Thailand 3.3 juta kes, manakala Singapura pula kini memasuki angka melebihi sejuta kes.

Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 6,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 global kini melebihi 6.07 juta kes.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 971,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 657,000 kes, India lebih 516,000 kes dan Rusia lebih 356,000 kes.

Sementara Mexico kini mencatat lebih 321,000 kematian, manakala United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 153,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 58,000 diikuti Malaysia dengan 34,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 23,000 angka korban. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here