Home Koronavirus Covid-19: 19,740 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

Covid-19: 19,740 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

0
Covid-19: 19,740 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia pada Isnin menurun kepada 19,740 kes berbanding 20,546 pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian data terkini jangkitan Covid-19 di laman Twitter, memaklumkan perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara kini 1,424,639 kes.

Menurutnya, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi dengan 5,706 kes diikuti Sabah (1,728), Sarawak (1,566), Kedah (1,592), Johor (1,510), Pulau Pinang (1,251), Kelantan (1,227), Kuala Lumpur(1,360) dan Melaka (1,120).

Perak pula mencatatkan 938 kes, Terengganu (688), Pahang (646), Negeri Sembilan (343), Putrajaya (43), Perlis (20), manakala Labuan dua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here