Home Koronavirus Covid-19: 19,198 kes baharu, lebih 5,000 positif di Sarawak

Covid-19: 19,198 kes baharu, lebih 5,000 positif di Sarawak

0
Covid-19: 19,198 kes baharu, lebih 5,000 positif di Sarawak

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Kes baharu positif Covid-19 mencatat 19,198 kes dengan Sarawak kekal negeri tertinggi melaporkan kes harian, iaitu 5,291 kes pada Ahad.

Tujuh lagi negeri merekodkan bilangan kes empat angka adalah Selangor (2,347), Johor (2,110), Sabah (1,717), Kelantan (1,435) Pulau Pinang (1,309), Kedah (1,256) dan Perak (1,118).

Negeri lain yang melaporkan kes tiga angka dan ke bawah adalah Terengganu (930), Pahang (584), Kuala Lumpur (376), Melaka (340), Negeri Sembilan (283), Perlis (67), Putrajaya (32) dan Labuan (tiga).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini adalah 1,979,698 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here