Home Koronavirus Covid-19: 18,815 kes hari ini, Sarawak tertinggi

Covid-19: 18,815 kes hari ini, Sarawak tertinggi

0
Covid-19: 18,815 kes hari ini, Sarawak tertinggi

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan kepada 18,815 dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 19,495 kes dicatatkan pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu yang direkodkan itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini 2,049,750 kes.

Menurutnya, Sarawak menjadi negeri yang melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,660 kes, diikuti Selangor (2,718), Johor (2,206), Sabah (1,982), Pulau Pinang (1,777), Perak (1,446) Kedah (1,233) dan Kelantan (1,222).

“Bagi negeri Terengganu sebanyak 814 direkodkan diikuti Pahang (712), Kuala Lumpur (493), Melaka (269) dan Negeri Sembilan (170).

“Perlis pula merekodkan 80 kes dan Putrajaya, 22 kes manakala Labuan hanya 11 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here