KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,828 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Isnin dengan 5 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini adalah 302,580 kes dengan 1,135 kematian.
Sementara itu, sebanyak 2,486 kes sembuh dilaporkan hari ini dengan jumlah keseluruhan kes sembuh 275,903.
AKAN MENYUSUL