Home Koronavirus Covid-19: 1,817 kes baharu, tiga kematian

Covid-19: 1,817 kes baharu, tiga kematian

Covid-19: 1,817 kes baharu, tiga kematian

SHAH ALAM – Sebanyak 1,817 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan hanya tiga daripadanya merupakan kes import manakala selebihnya adalah kes tempatan.

Perkembangan itu menjadikan kes keseluruhan jangkitan wabak itu di dalam negara sebanyak 4,491,320 dengan kes aktif dicatatkan setakat Ahad adalah 26,511.

Daripada jumlah tersebut, portal CovidNow melaporkan sebanyak 25,366 pesakit Covid-19 atau 95.7 peratus merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 18 pesakit (0.1) berada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,087 pula (4.1 peratus) ditempatkan di hospital.

Data itu turut menunjukkan sejumlah 40 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 23 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kadar penggunaan katil di hospital seluruh negara setakat Ahad ialah 61.4 peratus dengan tiga negeri yang merekodkan kadar tertinggi ialah Melaka (77.4 peratus), Johor (75.3 peratus) dan Selangor (71.3 peratus)

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan pada Ahad pula ialah sebanyak 3,389 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh wabak tersebut di dalam negara kepada 4,429,166.

Pada masa sama, negara merekodkan tiga kematian baharu pada Ahad dengan satu daripadanya adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kepada 43,200.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here