Home Koronavirus Covid-19: 17,828 jangkitan baharu, 28,003 kes sembuh

Covid-19: 17,828 jangkitan baharu, 28,003 kes sembuh

0
Covid-19: 17,828 jangkitan baharu, 28,003 kes sembuh

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 17,828 kes baharu Covid-19 pada Isnin menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 4,010,952.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan melibatkan 17,421 kes tempatan dan 407 kes import.

“Bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak 9,121 kes atau 51.16 peratus adalah daripada pesakit Covid-19 kategori satu, sementara 8,551 kes atau 47.96 peratus adalah pesakit kategori dua.

“Bagi kategori tiga, terdapat 55 kes (0.31 peratus), kategori empat dengan 48 kes (0.27 peratus) dan bagi kategori lima adalah sebanyak 53 kes (0.30 peratus),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah keseluruhan 156 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 33 kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

“Sebanyak 64 kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak, sementara 59 kes pula sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 109 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas, manakala 91 kes lagi mempunyai komorbid,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak dua kluster baharu direkodkan pada Isnin menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 292.

“Sebanyak 358 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 141 daripadanya disahkan Covid-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula adalah sebanyak 217,” katanya.

Jelas beliau, bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula, sebanyak 199 kes dilaporkan dengan 79 kes disahkan Covid-19 dan 120 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan negara merekodkan sebanyak 28,003 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kepada 3,712,668 kes setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here