Home Koronavirus Covid-19: 1,630 kes baharu, empat kematian

Covid-19: 1,630 kes baharu, empat kematian

0
Covid-19: 1,630 kes baharu, empat kematian
Sebanyak 1,630 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan sembilan daripadanya merupakan kes import. – Gambar Bernama

SHAH ALAM – Sebanyak 1,630 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan sembilan daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, empat kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan satu daripadanya kematian membabitkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu kepada 36,312 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 di dalam negara ketika ini adalah 25,611, dengan 24,404 atau 95.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai empat pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,143 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 60 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 21 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 39 lagi memerlukan mesin ventilator.

2,056 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,756,967 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here