Home Koronavirus Covid-19: 16 lagi sekolah di Johor ditutup

Covid-19: 16 lagi sekolah di Johor ditutup

0
Covid-19: 16 lagi sekolah di Johor ditutup

JOHOR BAHRU – Penularan kes Covid-19 di sekolah semakin meningkat, dengan 16 sekolah lagi di Johor diarahkan untuk ditutup sementara bermula pada Ahad susulan terdapat kes positif Covid-19.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, tiga sekolah juga sudah diberikan notis tutup sementara pada Sabtu atas alasan yang sama.

Ia menjadikan jumlah sekolah yang diberikan notis penutupan sementara kepada 19 sekolah sejak Sabtu.

“Arahan itu dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pejabat Kesihatan Daerah kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi membolehkan penilaian risiko, pengesanan kontak rapat serta proses disinfeksi dilakukan.

“Ia menjadikan sekolah yang ditutup di Johor setakat ini adalah 40 sekolah manakala tiga lagi sekolah yang diarahkan tutup sementara, dibenarkan mula beroperasi hari ini (Ahad) selepas pemeriksaan lanjut Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Semalam, media melaporkan hampir 40 sekolah di Johor diarahkan untuk ditutup secara berperingkat sejak bulan lalu berikutan terdapat kes positif Covid-19 yang dikesan menular dalam kalangan kakitangan dan murid.

Difahamkan, kira-kira 49,000 guru di negeri ini dilaporkan telah selesai menerima vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula 19 April lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here