Home Koronavirus Covid-19: 15,765 kes sembuh, satu kluster baharu direkod

Covid-19: 15,765 kes sembuh, satu kluster baharu direkod

Covid-19: 15,765 kes sembuh, satu kluster baharu direkod

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 8,112 kes baharu Covid-19 pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 4,325,818 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan melibatkan 8,087 kes tempatan dan 25 kes import.

“Bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,772 kes atau 46.50 peratus daripada pesakit Covid-19 kategori satu, sementara 4,284 kes atau 52.81 peratus pesakit kategori dua.

“Bagi kategori tiga terdapat 29 (0.36 peratus), kategori empat dengan 10 kes (0.12 peratus) dan bagi kategori lima adalah 17 kes (0.21 peratus),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata, kes sembuh merekodkan 15,765 kes yang menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 4,144,728 dengan 96.8 peratus.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan 56 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 17 kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

“Sementara 21 kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak, manakala 18 kes telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 33 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas manakala 38 kes lagi mempunyai komorbid dan tiada kes melibatkan ibu mengandung,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, satu kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 130.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here