Home Koronavirus Covid-19: 1,569 kes baharu, tiga kematian direkod

Covid-19: 1,569 kes baharu, tiga kematian direkod

0
Covid-19: 1,569 kes baharu, tiga kematian direkod
Sebanyak 1,569 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan tiga daripadanya merupakan kes import. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 1,569 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, tiga kes kematian baharu catatkan dengan dua daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka baharu itu menjadikan jumlah kematian dalam negara kini 36,308 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 26,032 kes, dengan 24,797 atau 95.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Empat pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,171 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

60 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 37 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

2,695 kes sembuh direkodkan pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut 4,754,911.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here