Home Koronavirus Covid-19: 15,669 kes hari ini, Selangor kembali tertinggi

Covid-19: 15,669 kes hari ini, Selangor kembali tertinggi

0
Covid-19: 15,669 kes hari ini, Selangor kembali tertinggi

SHAH ALAM – Kes harian Covid-19 terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan 15,669 kes hari ini berbanding 16,073 kes semalam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kini adalah sebanyak 2,011,440 kes

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kembali mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,632 kes mengatasi Sarawak (1,983), Johor (1,974), Sabah (1,784), Pulau Pinang (1,651), Kelantan (1,406) dan Kedah (1,207).

Menurutnya, negeri lain yang mencatatkan kes bawah 1,000 ialah Perak dengan 856 kes, Pahang (763), Terengganu (483), WP Kuala Lumpur (411) dan Negeri Sembilan (143).

Sementara itu, tiga negeri mencatatkan kes di bawah 100 iaitu Perlis dengan 30 kes, WP Putrajaya (14 kes) dan WP Labuan (3).

Sehingga 14 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 15,669 kes (2,011,440 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,632 (646,212)

WPKL – 411 (180,877)

Sabah – 1,784 (177,296)

Johor – 1,974 (168,225)

Sarawak – 1,983 (162,303)

Kedah – 1,207 (120,325)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 14, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here