Home Koronavirus Covid-19: 1,552 kes baharu, enam kematian

Covid-19: 1,552 kes baharu, enam kematian

0
Covid-19: 1,552 kes baharu, enam kematian
Sebanyak 1,552 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Selasa. – Foto Bernama

SHAH ALAM – Sebanyak 1,552 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Selasa menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 4,796,368.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Portal CovidNow, sebanyak enam kematian dicatatkan semalam.

Satu daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID).

Kes aktif Covid-19 pula kini berjumlah 23,883 dengan 22,741 atau 95.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Sebanyak 1,096 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 46 daripadanya dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 26 memerlukan bantuan pernafasan manakala 1,684 dicatatkan sembuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here