Home Koronavirus Covid-19: 1,502 kes baharu, tiga kematian pada Ahad

Covid-19: 1,502 kes baharu, tiga kematian pada Ahad

0
Covid-19: 1,502 kes baharu, tiga kematian pada Ahad

Sebanyak 1,502 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan hanya satu daripadanya merupakan kes import.(Gambar hiasan) – Foto 123rf

SHAH ALAM – Sebanyak 1,502 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan hanya satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak tiga kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dengan dua daripadanya adalah melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan tu menjadikan jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,713 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula kini direkodkan sebanyak sebanyak 22,505 dengan 20,889 atau 92.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala 1,512 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 104 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 34 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 70 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh dicatatkan pada Ahad ialah 2,093 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,941,114 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here