Home Koronavirus Covid-19: 15 kes kematian, lima BID direkodkan pada Sabtu

Covid-19: 15 kes kematian, lima BID direkodkan pada Sabtu

Covid-19: 15 kes kematian, lima BID direkodkan pada Sabtu

SHAH ALAM – Sebanyak 15 kes kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan setakat tengah malam Sabtu.

Jumlah itu menjadikan kes keseluruhan kematian disebabkan pandemik kini sebanyak 32,114 orang, daripada 2,998,909 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, lima kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, terdapat pertambahan 17,345 kes aktif Covid-19 di seluruh negara yang menjadikan 140,336 kes.

Daripada jumlah itu, 127,984 individu atau 91.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 6,254 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,922 kes dirawat di hospital dan 176 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 78 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 98 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here