Home Koronavirus Covid-19: 14 kematian dilapor di Negeri Sembilan hari ini

Covid-19: 14 kematian dilapor di Negeri Sembilan hari ini

0
Covid-19: 14 kematian dilapor di Negeri Sembilan hari ini

SEREMBAN – Sebanyak 14 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) pada Isnin.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar, S Veerapan berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 492 orang.

“Setakat hari ini, terdapat 794 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan di negeri ini sebanyak 53,186 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Tambahnya, daripada jumlah kumulatif yang dicatatkan, sebanyak 44,852 kes telah sembuh dan discaj manakala 7,839 kes yang masih menerima rawatan di wad.

Katanya, terdapat 9,244 kes yang aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).

“Sehingga kini, terdapat penambahan satu kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Lorong Sentosa Satu di Kuala Pilah, dengan mencatatkan lapan kes positif Covid-19.

“Ini menjadikan terdapat 61 kluster (52 kluster tempatan dan sembilan kluster import) yang masih belum diisytiharkan tamat di Negeri Sembilan.

“Terdapat penambahan kes positif Covid-19 pada semua kluster, antara yang tertinggi adalah Kluster Industri Permata Satu 2 sebanyak 27 kes, diikuti Kluster Industri Senawang (23) dan Kluster Jalan Melang (17),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here