Home Koronavirus Covid-19: 13,215 kes positif hari ini

Covid-19: 13,215 kes positif hari ini

Covid-19: 13,215 kes positif hari ini

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Wabak Covid-19 di negara ini semakin meruncing apabila 13,215 kes baharu positif dilaporkan pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu sekaligus merekodkan angka tertinggi tiga hari berturut-turut.

Menurut beliau, angka tertinggi dilaporkan di Selangor dengan 6,120 kes diikuti Negeri Sembilan (1,603) dan Kuala Lumpur (1,499).

“Negeri yang turut merekodkan peningkatan kes ketara adalah Kedah (695), Johor (599), Pulau Pinang (509) dan Melaka (484).

“Sementara itu, Sabah (370), Sarawak (363), Perak (344), Kelantan (255) dan Pahang (222),” katanya.

Katanya, negeri dan wilayah yang melaporkan kes positif dua digit adalah Terengganu (70), Putrajaya (53), Labuan (26) dan Perlis (tiga).

“Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatifnya adalah 880,782 kes,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here