Home Koronavirus Covid-19: 1,241 kes baharu, enam kematian

Covid-19: 1,241 kes baharu, enam kematian

Covid-19: 1,241 kes baharu, enam kematian

Malaysia merekodkan sebanyak 1,241 kes baharu Covid-19 pada Rabu dengan tiga daripadanya merupakan kes import. – Foto hiasan

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan sebanyak 1,241 kes baharu Covid-19 pada Rabu dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Angka terbaru itu menjadikan keseluruhan kes aktif adalah sebanyak 17,215.

Menurut data di portal KKMNow, sebanyak 93.7 peratus atau 16,138 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Manakala sebanyak 1,010 kes Covid-19 menerima rawatan di hospital dan 67 di unit rawatan rapi (ICU).

Dalam pada itu, kes sembuh yang dicatatkan adalah sebanyak 1,567 menjadikan kumulatif berkenaan adalah 4,959,725.

Pada masa sama, negara turut mencatatkan enam kematian terbaru dengan satu daripadanya merupakan kematian luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Jumlah itu sekaligus menjadikan menjadikan keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 36,784.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here