Home Koronavirus Covid-19: 1,219 kes baharu, dua kematian hari ini

Covid-19: 1,219 kes baharu, dua kematian hari ini

0
Covid-19: 1,219 kes baharu, dua kematian hari ini

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan 1,219 kes baharu Covid-19 selain dua kematian dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, dalam tempoh itu juga, 1,346 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 di negara ini sebanyak 310,958 sementara angka keseluruhan kematian kini berjumlah 1,220 kes.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini (Rabu), 1,212 merupakan kes tempatan melibatkan 769 warga tempatan dan 443 bukan warganegara sementara tujuh lagi adalah kes import,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 pada Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, tiga negeri yang merekodkan kes tertinggi adalah Selangor dengan 499 kes, diikuti Sarawak (225 kes) dan Johor (169 kes).

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 154 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 64 orang memerlukan bantuan pernafasan. – Bernama

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here