Home Koronavirus Covid-19: 12 kematian, 3,545 kes baharu

Covid-19: 12 kematian, 3,545 kes baharu

0
Covid-19: 12 kematian, 3,545 kes baharu

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan harian baharu Covid-19 meningkat kepada 3,545 kes hari ini berbanding pada Selasa yang mencatatkan sebanyak 2,468 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 3,544 kes penularan tempatan dan satu kes import.

Menurutnya, kes jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara sebanyak 291,774.

Selain itu, jumlah kematian dalam tempoh 24 jam lalu merekodkan sebanyak 12 kes menjadikan keseluruhan kes kematian di negara ini sebanyak 1,088 kes

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here