Home Koronavirus Covid-19: 10,915 kes baharu, Sarawak masih rekod tertinggi

Covid-19: 10,915 kes baharu, Sarawak masih rekod tertinggi

Covid-19: 10,915 kes baharu, Sarawak masih rekod tertinggi

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan kepada 10,915 kes pada Sabtu sekali gus merekodkan pengurangan dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitternya berkata, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 2,268,499 kes.

“Sarawak kekal merekodkan angkat tertinggi dengan 2,121 kes diikuti Selangor (1,386), Kelantan (1,288) dan Johor (1,124).

“Perak (862) dan Terengganu (818), Sabah (784), Pulau Pinang (768), Kedah (574), Pahang (504), Melaka (216), Negeri Sembilan (211) dan Kuala Lumpur (171).

“Terdapat 58 kes di Perlis, Putrajaya (26) dan Labuan (empat),” katanya.

Sehingga 2 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 10,915 kes (2,268,499 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 1,386 (680,616)

Sarawak – 2,121 (214,158)

Sabah – 784 (199,629)

Johor – 1,124 (198,186)

WPKL – 171 (186,520)

Kedah – 574 (136,119)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 2, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here