Home Koronavirus Covid-19: 105 kematian baharu direkodkan

Covid-19: 105 kematian baharu direkodkan

0
Covid-19: 105 kematian baharu direkodkan

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 105 kematian baharu akibat Covid-19 pada Rabu.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 29 kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 34,099.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,128 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata 29 orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Perlis menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 86 kematian, diikuti Kedah (70) dan Putrajaya (52).

KKM turut merekodkan 28,298 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 3,900,433.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 57.9 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 68.8 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here