Home Koronavirus CITF tambah baik kemudahan

CITF tambah baik kemudahan

0
CITF tambah baik kemudahan

KUALA LUMPUR – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan menambah baik kemudahan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Titiwangsa, di sini susulan kesesakan di lokasi itu pada Isnin.

CITF berkata, bagi menangani isu itu pihaknya mengambil keputusan untuk menambah empat khemah menunggu serta 500 kerusi dengan secepat mungkin.

“Kesesakan itu terjadi kerana laluan kenderaan masuk ke kawasan tersebut agak kecil, selain bilangan khemah dan kerusi di ruang menunggu bagi mereka yang hadir mendapatkan imunisasi agak terhad,” menurut CITF dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, kapasiti PPV seramai 1,600 sehari ditambah dengan bilangan pengiring menyebabkan jumlah orang ramai yang berada di lokasi adalah berganda dalam satu-satu masa.

Selain itu, keadaan bertambah buruk apabila hujan menyebabkan kenderaan yang menghantar penerima vaksin terpaksa menghentikan kenderaan masing-masing berdekatan dengan pintu masuk PPV.

“CITF memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan masalah kesesakan di PPV Stadium Titiwangsa dan akan sentiasa menambah baik perkhidmatan kami dari masa ke masa,” katanya. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Pusat Pemberian Vaksin Stadium Titiwangsa sesak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here